Hidup Dengan Jantung Babi, Pakar Bedah AS Berjaya Lakukan Pembedahan Ini

jantung babi

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dari Maryland yang menghidapi penyakit jantung melakukan pembedahan pemindahan organ babi yang diubah suai secara genetik.

Ini merupakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia yang pertama di dunia. Ia sekaligus merekodkan satu kejayaan yang dilakukan oleh pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Maryland.

Memetik laporan antarabangsa, pasukan doktor menjelaskan bahawa pesakit itu kini dalam keadaan stabil tiga hari selepas pembedahan dijalankan.

Sekiranya ia terbukti berkesan, para saintis berharap organ babi dapat mengurangkan isu kekurangan bekalan organ yang didermakan.

“Ketika ini, kita tidak mempunyai bekalan organ yang mencukupi terutamanya jantung manusia untuk diberikan kepada pesakit yang amat memerlukan.

“Kami sedang memantau rapi pembedahan ini, namun kami juga optimis pembedahan seumpamanya, yang pertama kali dilakukan ini akan membuahkan pilihan baharu buat pesakit pada masa akan datang,” jelasnya.

Dalam pembedahan selama sembilan jam itu, doktor menggantikan jantungnya dengan jantung daripada babi berusia satu tahun.

Dave Bennett, 57 bernafas sendiri tanpa ventilator meskipun dia masih menggunakan mesin ECMO yang melakukan kira-kira separuh tugas mengepam darah ke seluruh badannya.

Difahamkan, Bennett sanggup mempertaruhkan nyawanya demi percubaan itu memandangkan dia berharap pembedahan ini memberinya peluang untuk meneruskan kehidupan.

Manakala anaknya, David menyifatkan kejayaan pemindahan organ penting itu sebagai satu keajaiban.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca