Sudah-Sudahlah Berpolitik, Kami Semua Di Bawah Dah Jelik – Bront Palarae

Pelakon Malaysia, Bront Palarae semalam telah memuat naik ciapan menegur orang-orang atasan agar tidak selalu berpolitik.

“Datuk dan Tan Sri, sudah-sudahlah berpolitik. Kami semua di bawah ini dah jelik dengan sembelit politik kalian.

Kalian punya jongkang jongkit, kami yang tersepit. Kalian kata kalian berkorban, tapi hakikatnya kami yang terkorban,” ujarnya di Twitter.

Ciapan itu dilakukan setelah beliau melihat laporan berita yang mengatakan kadar pengangguran di Malaysia kini meningkat sehingga lima peratus sejak 1990.

Menurut laporan The Edge Market, semenjak Perintah Kalawan Pergerakan berkuat kuasa, kadar pengangguran semakin meningkat.

Malah, menurut pakar, kadar ini ada kemungkinan akan meningkat lagi pada bulan seterusnya.

Golongan yang paling terjejas adalah golongan di dalam bidang pembuatan dan servis seperti bidang hiburan dan rekreasi.

“Dah sampai masa kita ubah dari pangkah ikut lambang ke pangkah orang yang nak berkhidmat di kawasan kita.

Kalau parti letak salah calon, biar parti hadap kesan dari mainan politik mereka sendiri.

Rakyat bukan boneka, rakyat bukan daun terup,” tambahnya lagi ketika membalas ciapan daripada seorang pengguna Twitter.

Ciapannya itu menerima sokongan dalam kalangan warganet yang rata-rata bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh pelakon My Stupid Boss itu.

Adalah lebih baik kita fokus untuk membantu negara kita daripada menghadapi masalah kewangan dan menjana semula ekonomi negara daripada bergaduh tentang politik yang jarang sekali pertelingkahannya selesai.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca