Sudah Pupus Hampir 27 Tahun, Virus Polio Kini Dikesan Di Tuaran, Sabah

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu penyakit dikenali sebagai Polio yang telah lama hilang dari Malaysia tapi kini kembali semula menyerang bayi berumur tiga tahun di Sabah.

Kes itu dikesan pada bayi yang berumur tiga bulan di Tuaran, Sabah, yang dipercayai tidak menerima vaksin polio.

Negara Malaysia juga dikatakan telah bebas daripada penyakit ini hampir 27 tahun, malangnya penyakit itu kembali semula.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Aen telah berkongsi kepada umum dan menjelaskan di laman Twitter miliknya mengenai penyakit polio.

Menurut Dr. Aen, penyakit polio atau nama sebenarnya poliomyelitis merupakan satu penyakit yang mampu memberi komplikasi seumur hidup dan menyebabkan kematian.

Impak sekiranya terkena penyakit ini boleh menjadikan individu itu lumpuh seumur hidup.

Tambahnya lagi, virus polio ini sangat mudah untuk merebak melalui cecair daripada tubuh badan atau najis manusia.

Virus ini akan menyerang di kawasan sel otak dan saraf tunjang yang secara tidak langsung boleh menyebabkan lumpuh.

Selain itu, virus ini mampu membawa kepada kematian kerana ia boleh melemahkan otot pernafasan sehingga pesakit tidak boleh bernafas.

Doktor ini turut berkata, rakyat Malaysia beruntung kerana negara ini mempunyai Inactivated Poliovirus Vaccine (IPV) yang secara tidak langsung digunakan untuk mengawal penyakit tersebut.

Kesimpulannya, suntikan vaksin adalah penting.

Artikel Lain Untuk Di Baca