Sebut sahaja nenek, pasti semua terbayangkan warga emas yang berada dalam keadaan lemah dan berjalan perlahan ala-ala sloth. Namun begitu, berbeza pula dengan seorang nenek bertubuh sasa ini di mana dia mempunyai biseps bersaiz 17 inci.

Nenek yang dikenali sebagai Robin Hillis dari Ontario itu berjaya mencuri perhatian ramai terutamanya peminat sukan angkat berat di seluruh dunia dengan tubuh sasanya. Lebih mengejutkan orang ramai adalah nenek kepada tiga cucu itu langsung tidak mengambil sebarang suplemen untuk memiliki tubuh sedemikian rupa. Dia dikatakan cuma makan sebanyak lima kali sehari.

Hillis yang asalnya seorang wanita pemalu kini menjadi atlet yang memberi inspirasi kepada orang ramai. Rata-rata memberikan reaksi positif terhadap fizikalnya yang cukup mengagumkan itu.

“Mempunyai anak dan cucu tidak menghalang golongan wanita untuk mendapat badan ‘sado’ seperti ini,” katanya.

Menurut Hillis, dia mula jatuh cinta dengan sukan bina badan sebaik sahaja berkunjung ke gimnasium bagi mengekalkan kecergasan tubuhnya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Hillis yang berusia 48 tahun itu berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya dengan berat 90.72 kilogram meskipun selepas kelahiran dua orang anaknya iaitu Katey, 23 dan Courtney, 21.

Usaha kerasnya selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil pada tahun 2014 apabila dia terpilih untuk menyertai liga profesional di seluruh dunia.

“Saya terima pelbagai reaksi, namun kebanyakannya adalah positif. Saya jarang terima komen negatif di media sosial atau secara berhadapan.”

“Tidak sukar untuk dapat tubuh seperti ini walaupun ia sebenarnya bergantung kepada profil hormon, metabolisma dan gaya hidup individu,” ujarnya lagi.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda