Sudah Mati 10 Tahun, Mayat Wanita Ini Masih Elok

Mayat seorang wanita di Republik Dominika yang dikebumikan 10 tahun lalu masih dalam keadaan elok telah menggemparkan penduduk di sana.

Walaupun sudah beberapa tahun meninggal, mayat yang digali semula itu mempunyai bentuk yang sempurna dan rambutnya ditemui masih kekal di kepala.

Keluarga Margarita Rosario turut terkejut apabila mendapati mayat wanita yang merupakan neneknya itu masih utuh setelah menggali keluar dari kubur untuk dipindahkan ke lokasi baharu.

Menurut rancangan televisyen Primer Impacto, rakaman memaparkan keadaan mayat Margarita sebelum dia dipindahkan ke kubur baharu.

Sewaktu mayat Margarita sedang dipakaikan dengan baju tidur sebelum dipindahkan, mereka

Seorang pekerja di Tanah Perkuburan La Colonia, Antonio Abreu menjelaskan betapa terkejutnya keluarga itu ketika melihat rambut Margarita yang masih tebal.

“Selama 13 tahun saya bekerja di sini, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu. Mereka berkata bahawa wanita itu baik, mungkin itulah sebabnya dia kekal begitu kerana melakukan banyak kebaikan,” kata Abreu.

Sumber: Kosmo

Keluarga itu beranggapan bahawa mayat Margarita kurang mengalami penguraian disebabkan dia menjalani hidup dengan menjadi manusia yang baik hati. 

Keadaan yang dialami Margarita ternyata bukanlah yang pertama di mana jenazah tetap utuh setelah bertahun-tahun dikuburkan di Kota Jarabacoa.

Pada 2007, kejadian serupa berlaku dan semua orang terkejut bahkan ada yang ketakutan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca