Pernahkah anda berasa bosan hidup bersendirian tetapi kini sudah bersedia untuk memasuki fasa baharu dalam hidup anda? Walaupun begitu, anda tidak mahu bergantung harap kepada aplikasi seperti Tinder kerana anda perlu bersaing dengan orang lain?
Aaron Smith mempunyai penyelesaian yang terbaik untuk kes seperti ini! Lelaki yang berasal dari Carolina Utara, Amerika Syarikat itu memperkenalkan aplikasi khas untuk mencari jodoh buat dirinya seorang.
Sumber: ERA
Selepas mencuba pelbagai aplikasi mencari jodoh seperti Tinder, Aaron berkata bahawa dia masih tidak dapat menemui pasangan hidup sehingga kini kerana wajahnya tidak kelihatan begitu jelas dalam aplikasi tersebut.
Untuk itu, lelaki berusia 31 tahun itu membuat keputusan yang terbaik buat dirinya dengan menyingkirkan pesaing lain lalu mencipta aplikasi khusus untuk dirinya sendiri.
Aaron berkata, “Apabila kehidupan berikan anda lemon, buatlah air lemon. Selepas itu, anda hanya perlu memastikan bahawa tiada syarikat lain yang boleh mengedarkan minuman berkarbonat keluaran mereka. Hasilnya, cuma air lemon sahaja yang boleh didapati di bandar berkenaan.”
Aaron melancarkan aplikasi cari jodoh terbaharu iaitu Singularity selepas menerima bantuan daripada rakannya iaitu Scott McDowell yang merupakan seorang jurutera perisian. Aaron merupakan satu-satunya lelaki yang dibenarkan dalam aplikasi itu.
Berbeza daripada aplikasi terkenal lain seperti Tinder ataupun OkCupid, wanita yang mendaftar dengan aplikasi ini akan dipersembahkan dengan koleksi foto Aaron seperti foto dirinya memakai topi santa dan bermain gitar.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi berkenaan, anda boleh tonton video tersebut di bawah.