Sudah Failkan Cerai Terhadap Aliff Syukri? Ini Respons Datin Shahida

Minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri apabila usahawan kosmetik itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya, Datin Nur Shahida sekaligus mengundang pelbagai spekulasi daripada warganet.

Dakwaan isu perkahwinan mereka dikuatkan lagi menerusi penceritaan lagu terbaru Aliff Syukri yang berjudul ‘Cuba Bahagia’.

Bagaimanapun, Datin Shahida memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut berkenaan dakwaan dirinya sudah memfailkan penceraian di mahkamah.

Isteri kepada usahawan sensasi itu berkata, “bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya.”

Apabila ditanya mengenai keberadaan anak-anaknya ketika ini, Datin Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

Aliff Syukri dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudha Arshiyah termasuk seorang anak angkat.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca