Suarakan Isu Jenaka Perkosa Di Sekolah, Pelajar Ini Terima Ancaman Dibuang Sekolah

Buat anda yang aktif di media sosial, jenaka perkosa daripada guru yang disuarakan oleh seorang pelajar perempuan menerusi aplikasi TikTok beliau menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan warganet sehingga ke hari ini.

Jenaka perkosa dibuat oleh guru adalah satu isu yang sangat serius kerana ia berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan para pelajar di sekolah.

Selepas video tersebut tular, gerakan #MakeSchoolASaferPlace telah dilancarkan dan mendapat sokongan ramai. Ain Husniza Saiful Nizam telah memuat naik satu bebenang di laman Twitter bahawa dia telah menerima ancaman dibuang sekolah selepas menerima surat amaran pertama.

Ain telah menerima surat amaran tersebut kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari. Tambah Ain lagi, dia menerima surat tersebut pada hari yang sama bapanya bertemu pengetua sekolah tersebut.

Meskipun pengetua itu mendakwa dia menyokong tindakan Ain, pelajar itu masih menerima surat amaran. Ain tidak menyembunyikan perasaan kecewa apabila dapat tahu pihak sekolah bertindak sedemikian rupa kerana dia lantang bersuara tentang isu berkenaan.

Sumber: Twitter @ant33ater

Ain turut mempersoalkan mengapa dia menerima hukuman kerana meluahkan pendapat dan pemikirannya sedangkan para pelajar harus berasa selamat di sekolah.

Sumber: Twitter @ant33ater

Tidak berhenti di situ, Ain turut mengkritik para pendidik yang menyembunyikan cerita dan sekali gus mendesak reformasi dalam sistem pendidikan untuk mengelakkan lebih ramai pelajar menerima ancaman dan hukuman kerana bercakap benar.

Sumber: Twitter @ant33ater

Bebenang Ain sekali lagi mencuri perhatian orang ramai dan tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan dilakukan oleh pihak sekolah:

Pada waktu artikel ini ditulis, tanda pagar #StandWithAin sedang sohor kini (trending) di laman Twitter sebagai tanda sokongan orang ramai kepada Ain.

Apa pendapat anda akan isu jenaka perkosa yang dibuat oleh seorang guru terhadap pelajar mereka di sekolah ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca