Suara Wanita Mengilai Dirakam CCTV, Ini 3 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Walaupun ia bukanlah satu perkara baharu, kejadian seram di beberapa buah stesen kereta api ini boleh membuatkan bulu roma anda meremang. Kami akan kongsikan kisah seram melibatkan tiga stesen kereta api tersebut menerusi artikel ini:

1. Stesen Waterfront, Kanada

Sumber: Trip Advisor

Pada tahun 1920-an, seorang pekerja ternampak kelibat wanita sedang menari di stesen berkenaan. Walau bagaimanapun, ia hilang dan alunan muzik berhenti secara tiba-tiba apabila pekerja terbabit mendekati wanita berkenaan.

Namun, apa yang menyeramkan ialah gangguan dan kelibat wanita menari pada waktu malam di stesen itu dikatakan masih lagi ‘muncul’ sehingga ke hari ini.

2. Stesen Metro Panteones, Mexico

Panteones dalam bahasa Latin membawa maksud tanah perkuburan. Dibina berdekatan dua tanah perkuburan, ada yang mendakwa kelibat hantu mengganggu pengguna kereta api bawah tanah berkenaan dengan mengetuk tingkap.

Selain itu, pekerja penyelenggaraan terowong antara Panteones dan Tacuba itu lari lintang-pukang selepas mendengar jeritan seorang wanita.

Namun, apa yang paling menyeramkan ialah suara jeritan wanita berkenaan berjaya dirakamkan dengan jelas dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut.

3. Stesen MRT Bishan, Singapura

Dibina di atas bekas tapak tanah perkuburan, para pekerja di stesen berkenaan didakwa pernah melihat kelibat beberapa orang pengusung keranda berjalan di landasan. Namun, apa yang paling menakutkan ialah kelibat itu tidak mempunyai kepala!

Tidak berhenti di situ, ada juga yang mendakwa melihat kelibat penumpang tidak berkepala menggunakan pengangkutan tersebut. Selain itu, para pengguna kereta api ini turut dilaporkan mendengar bunyi orang berjalan-jalan di atas bumbung kenderaan tersebut.

Pada pendapat anda, kisah manakah yang paling membuat bulu roma anda meremang?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan lokasi ‘keras’, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca