Suara Tangisan Wanita Kedengaran Setiap Kali Ribut, Ini Misteri Kota Iblis Di China

China merupakan sebuah negara yang maju dan mempunyai penduduk yang ramai. Tetapi, tahukah anda terdapat sebuah daerah yang terbengkalai dan menjadi misteri sehingga kini?

Moguicheng atau lebih dikenali sebagai Kota Iblis merupakan padang pasir yang terletak di wilayah Xinjiang. Daerah ini terbengkalai dan tiada sesiapa yang tinggal di sana. Terdapat juga beberapa istana kuno yang masih menjadi misteri.

Kawasan ini menyimpan misteri yang masih belum terungkai. Jika berjalan ke arah istana kuno pada waktu siang, anda akan mendengar alunan melodi yang menyerupai loceng dan petikan gitar yang dimainkan secara lembut.

Namun apabila angin ribut melanda, pasir akan berterbangan dan membuat langit menjadi gelap. Alunan melodi yang lembut akan berubah menjadi bunyi ngauman harimau, tangisan bayi, bunyi haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita dan akhirnya akan berubah menjadi suara teriakan, tangisan dan kemarahan.

Sehingga kini, fenomena tersebut masih menjadi tanda tanya. Tidak ada yang cuba untuk merungkai misteri suara yang menakutkan itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca