Baru-baru ini, amat pahit ditelan namun kenyataannya memang benar apabila tular sebuah kisah seorang lelaki bergelar suami yang berusia lingkungan 40-an terlanjur menghamilkan anak kandung sendiri selepas ‘tidur’ bersama secara rela.
Si isteri sanggup ditalakkan sebagai tanda berkorban demi kebahagiaan anak dan suaminya setelah dia mengetahui realiti hubungan terkutuk itu.
Kisah berkenaan viral di serata media sosial selepas diceritakan semula menerusi akaun Facebook saudari Nur Fatihah Azzahra.


Anak beranak tersebut akhirnya berkahwin dengan menggunakan khidmat sindiket perkahwinan melalui warga asing. Walau bagaimanapun, berlaku isu yang melibatkan nasab bayi.
Bukan sahaja moral dan akhlak, malah pengetahuan agama keluarga ini berkaitan pengharaman menikahi bapa sendiri juga langsung tidak diambil tahu.
Fatihah menyifatkan kelompok masyarakat kini semakin tenat apabila mengenangkan kejadian tidak masuk akal terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tergamam dengan kisah anak beranak berkenaan yang tidak ubah seperti ‘keluarga kucing’. Tidak kurang juga yang meluahkan kerisauan di samping menegaskan tentang kepentingan ilmu agama di dada.



Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: