Suami Sorok Duit Simpanan Dari Isteri, Kucing Kantoikan ‘Lokasi Rahsia’

suami-sorok-duit-simpanan-dari-isteri-kucing-kantoikan-lokasi-rahsia

Mungkin ramai antara kita mempunyai lokasi rahsia untuk menyimpan wang sama ada di dalam peti besi atau celah tilam. Namun, lain pula cerita di negara seberang, Thailand apabila usaha seorang suami cuba menyembunyikan wang simpanannya daripada sang isteri tidak bertahan lama.

Hal ini disebabkan kucing peliharaan mererka yang telah membongkarkan ‘lokasi rahsia’ tersebut kepada si isteri secara tidak sengaja.

Seorang wanita bernama Bow Kanuengnuch telah berkongsi kisah bagaimana kucingnya tanpa sengaja membongkar rahsia si suami ke media sosial miliknya. Menurutnya lagi, dia telah menemui satu kotak yang penuh dengan duit dalam rumahnya.

Dia telah bertanya kepada si suami mengenai wang untuk membayar perbelanjaan rumah, akan tetapi lelaki itu mendakwa tidak mempunyai wang.

Wanita itu mendakwa dia mempercayai si suami namun dalam masa yang sama, dia masih mengharapkan lelaki itu mempunyai sedikit wang untuk membayar bil.

Namun siapa sangka, suatu hari kucing peliharaan wanita itu telah ‘menemui’ sebuah kotak yang disimpan rapi oleh suaminya dalam rumah mereka.

suami-sorok-duit-simpanan-dari-isteri-kucing-kantoikan-lokasi-rahsia

Dikhabarkan, kucing mereka telah memanjat sebuah almari sebelum kotak ‘rahsia’ itu terjatuh secara tidak sengaja yang menyebabkan wang berselerak di atas lantai.

“Kucing saya panjat almari dan menolak kotak yang suami sorokkan di situ,” ujarnya yang terhibur dengan gelagat kucing seakan tidak bersalah.

Kongsi wanita itu lagi, suaminya telah mengumpul wang sebanyak 100 Baht dalam kotak tersebut dan simpanan berjumlah 2,000 Baht (kira-kira RM253.50). Memetik laporan portal Manila Papers.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca