Kejam! Suami Ini Jual Isterinya Di Facebook Dengan Harga RM586

Sebelum ini, kami ada kongsikan berkenaan pasar pengantin di mana lelaki membeli perempuan untuk dijadikan isteri tetapi berbeza pula kali ini apabila suami menjual isteri.

Seorang lelaki di Surayabaya, Indonesia tergamak menjual isterinya yang dinikahi selama 12 tahun untuk khidmat seks ‘threesome’ di laman Facebook dengan harga RM586.

M Amin Santoso yang berusia 29 tahun mendakwa motif utama dia berbuat demikian adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi keluarganya.

“Ini adalah untuk biaya persekolahan dua anak saya,” kata Amin kepada wartawan ketika di ibu pejabat polis Surabaya pada Isnin lalu.

Dia mendakwa pendapatan yang diperolehnya daripada hasil pekerjaan sebagai pengangkat barang tidak mencukupi.

“Biasanya dapat bantuan Tetapi kali ini tidak. Bekerja sebagai kuli hanya dapat 50 ripu rupiah (RM14) sehari,” ujarnya.

Lelaki warga Sukomanunggal ini mengaku teruja dengan tawaran 2 juta rupiah (RM586) oleh para lelaki seks terhadap isterinya.

Isterinya itu turut hadir membuat pengakuan melakukan khidmat seks tersebut kerana terdesak memerlukan wang tersebut.

Menurutnya, dia hanya memikirkan tentang habuan wang yang akan diterima tanpa rasa bersalah ketika melakukan perbuatan itu.

Menerusi laporan Detik.com, Amin kini bakal didakwa di bawah Undang-Undang Pemerdagangan Manusia manakala isterinya dibebaskan.

Semakin moden dunia, semakin hebat tekanan kehidupan.

Berbuah pisang masak setandan,
Bulat berduri buah berangan,
Biarlah usang baju di badan,
Maruah diri tergadai jangan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca