Pejabat Peguam Negara hari ini memutuskan kes remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemui sudah meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika menginap bersama keluarganya di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lalu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Datuk Huzir Mohamed yakni Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kes berkenaan tetap diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
“Laporan SDR berkenaan sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara di Putrajaya di mana punca kematian Nora Anne adalah disebabkan kebocoran pada ususnya,” katanya.

“Saya percaya pihak patologi sudah menerima laporan psikologi dan mereka kini sedang bersiap untuk menghantar laporan bedah siasat berkenaan secara rasmi,” ujar Datuk Huzir Mohamed pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang berlangsung pada hari ini.
Turut ada bersama dalam sidang media itu adalah Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohamad Mat Yusop.

Apabila disoal mengenai tindakan saman sivil oleh keluarga Nora Anne, Datuk Huzir menegaskan perkara terbabit hanya melibatkan waris mangsa dan pusat peranginan berkenaan sahaja.
“Saya ingin menegaskan bahawa Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Bahagian Antarabangsa juga ada menghubungi keluarga mangsa dan peguan mereka di United Kingdom (UK).”
“Oleh itu, tidak perlulah kami menjawab dakwaan media di UK. Perkara ini akan dimaklumkan kepada ahli keluarga Nora Anne melalui pihak Urusetua KPN Bukit Aman,” tambahnya lagi.

Nora Anne Quoirin yang berusia 15 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos lalu sebelum mayat remaja itu ditemui tanpa seurat benang kira-kira 2.5 kilometer dari The Dusun Resort, Seremban selepas 10 hari misi pencariannya dijalankan.
Baru-baru ini, ibu bapa Nora Anne, Sebastian dan Meabh Quoirin membuat keputusan untuk mengemukakan saman terhadap pusat penginapan berkenaan selepas mendakwa pengurus resort, Helen Marion Todd gagal memastikan keselamatan premis berkenaan terutamanya daripada segi ketiadaan CCTV.

Pasangan yang diwakili peguam bernama Sankara Nair dilaporkan menuntut ganti rugi khas berjumlah RM152,707.90 dan gantu rugi umum sebanyak RM30,000.
Untuk membaca artikel lain berkaitan kes kehilangan Nora Anne Quoirin, sila klik pada pautan di bawah: