Guna Teknologi AR, Stadium Baharu JDT Bakal Dilengkapi Dengan ‘Photo Booth’ Interaktif

Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kini akan mempunyai lebih sebab untuk berkunjung ke stadium baharu mereka pada musim hadapan.

Baru-baru ini, JOHOR Southern Tigers telah membuat satu pengumuman menerusi laman Facebook di mana stadium baharu mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim bakal dilengkapi dengan photo booth interaktif.

Menurut perkongsian itu, photo booth tersebut dikuasakan dengan teknologi Augmented Reality atau kita sering sebut sebagai AR. Ini sekali gus menjadikan ia sebagai photo booth dengan teknologi sedemikian yang pertama di Asia Tenggara.

Dengan adanya teknologi itu, penyokong JDT akan dapat bergambar besama dengan lima pemain pilihan mereka dalam bentuk digital. Menariknya, teknologi AR akan menjadikan gambar yang dicetak seolah-olah mereka sedang bergambar dengan pemain sebenar.

Terdahulu, teknologi yang sama pernah mencuri perhatian orang ramai apabila sebuah pasukan ragbi Amerika Syarikat (American Football) menggunakannya.

Menerusi ciri baharu ini, rata-rata menyuarakan keterujaan mereka dan berpendapat bahawa ia akan menjadikan hubungan antara pemain dan penyokong lebih dekat meskipun cuma menerusi pendekatan digital.

Syabas kami ucapkan kepada JDT atas pengenalan photo booth interaktif ini!

Artikel Lain Untuk Di Baca