Squid Game Bakal Kembali, Teman Lelaki Young Hee Diperkenalkan

Selepas siri pertama Squid Game mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton seluruh dunia, Hwang Dong Hyuk iaitu pengarah dan penulis siri tersebut mengesahkan bahawa Squid Game musim ke-2 bakal kembali tidak lama lagi.

Sumber: Variety

Sebelum ini, Hwang Dong Hyuk memberi bayangan bahawa kemungkinan rancangan popular Netflix dari Korea Selatan ini akan ada musim ke-2.

Hal ini kerana terdapat banyak permintaan dari peminat yang inginkan siri ini diteruskan membuatkan pengarah tersebut tiada pilihan lain untuk meneruskannya.

Pada 13 Jun, pengumuman tentang kemunculan Squid Game untuk musim ke-2  telah berlangsung di sebuah acara Netflix yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Malah lebih menarik lagi, patung ikonik dalam siri tersebut iaitu patung Young Hee akan memperkenalkan teman lelakinya.

Sumber: Netflix

Selain daripada itu, Hwang Dong Hyuk juga telah mengesahkan bahawa pelakon utama  Lee Jung Jae, Lee Byung Hun yang memegang watak sebagai The Front Man serta lelaki memakai suit dengan ddakji juga akan kembali dalam siri terbaharu ini.

Pengumuman ini sudah pastinya seluruh peminat Squid Game tidak sabar untuk melihat cabaran baharu yang bakal dilalui oleh mereka semua.   

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca