SPRM Dedah Pendapatan Bulanan Anggota Pentadbiran Kerajaan Yang Ramai Tidak Tahu

Sekiranya ada antara anda tertanya-tanya jumlah pendapatan mereka yang menganggotai pentadbiran negara ketika ini, Senarai Perisytiharan Harta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini mungkin boleh menjawab persoalan berkenaan.

Walaupun portal ini tidak menyatakan secara terperinci gaji ahli-ahli politik berkenaan, ia sebaliknya menyenaraikan jumlah pendapatan bulanan dan aset yang dimiliki menteri-menteri ini.

Kami kongsikan senarai penuh 10 ahli politik yang menerima pendapatan bulanan tertinggi menerusi artikel ini:

1. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sumber: Bernama

Pendapatan bulanan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kira-kira RM93,842 dan beliau memiliki aset yang dianggarkan bernilai antara RM10 juta sehingga RM15 juta.

2. Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa

Sumber: Malay Mail

Pendapatan bulanan Tan Sri Annuar Musa ialah RM87,877 dan beliau memiliki aset yang difahamkan bernilai lebih daripada RM20 juta.

3. Timbalan Menteri di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan

4. Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin

Capture
Sumber: The Vocket

Selain daripada empat individu di atas, lima orang menteri dan satu timbalan menteri melengkapkan senarai berkenaan dengan pendapatan bulanan sekitar RM64,087 sehingga RM69,186.

Individu-individu ini termasuk Menteri Kanan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri di Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Capture2
Sumber: The Vocket

Secara ringkasnya, senarai perisytiharan harta ini memberikan gambaran sebenar tentang jumlah pendapatan bulanan yang diterima oleh ahli-ahli pentadbiran kerajaan di Malaysia.

Memetik laporan Sinar Harian, pendapatan anggota-anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.

Sekiranya senarai di artikel ini tidak menyenaraikan jumlah pendapatan individu yang ingin diketahui, anda boleh menyemak sendiri pendapatan dan aset mereka di Portal Perisytiharan Harta oleh SPRM di sini.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan ahli politik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca