Spesies Koala Berkemungkinan Akan Pupus Di Australia, Ini Berikutan Habitat Haiwan Berkenaan Musnah

Beruang koala di Australia telah diisytihar sebagai spesies terancam pada Jumaat. Kerajaan Australia membuat pengumuman itu selepas habitat haiwan marsupial berkenaan musnah.

Hal ini terjadi berikutan beberapa faktor antaranya disebabkan oleh musim kemarau berpanjangan, kebakaran hutan serta penebangan pokok oleh pemaju.

Para saintis dan ahli akademik berulang kali telah mengeluarkan amaran mamalia ikonik Australia itu mungkin bakal pupus jika kerajaan tidak bertindak dengan segera melindungi habitat haiwan tersebut.

“Penyenaraian ini mengetengahkan cabaran yang dihadapi spesies ini. Bersama kita boleh memastikan masa depan yang sihat untuk beruang koala ini dan keputusan tersebut akan memainkan peranan penting dalam proses itu,” kata Menteri Alam Sekitar Australia, Sussan Ley dalam satu kenyataan.

Ley berkata, beruang koala di New South Wales, Queensland dan Australian Capital Territory akan diisytihar sebagai spesies terancam daripada status spesies dilindungi sebelum ini.

Australia telah kehilangan kira-kira 30 peratus daripada populasi koala dalam tempoh tiga tahun lepas, kata Yayasan Koala Australia.

Jumlah populasi koala yang terkini berada dalam lingkungan 58,000 daripada lebih 80,000 yang dilaporkan pada 2018. New South Wales menyaksikan pengurangan jumlah populasi koala paling teruk, iaitu kira-kira 41 peratus.

Kajian oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) mendapati lebih 60,000 beruang koala maut atau cedera akibat kebakaran hutan dalam tempoh akhir tahun 2019 sehingga awal tahun 2020.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca