Sotong Kurita ‘Mengoyakkan’ Muka Wanita Ini Kerana Cuba Memakannya Hidup-Hidup Depan Kamera

Seorang vlogger di China cuba makan sotong kurita yang mentah dan masih hidup sambil merakamnya secara langsung.

Namun, keterujaan wanita itu bertukar mimpi ngeri apabila sotong itu terus melekat di wajahnya dan tak nak lepas.

Dalam video itu, wanita yang dikenali sebagai ‘seaside girl Little Seven’ dalam dan atas talian itu menjerit “Sakit!” sambil berusaha menarik sotong tersebut yang menyedut wajahnya dengan sesungut.

Selepas berjaya melepaskan sotong itu dari wajahnya, dia perasan ada luka di pipinya.

Wanita ini memberitahu bahawa dia akan makan sotong itu pada video lain.

Menurut portal Independent, sesungut sotong kurita ini memang sangat kuat sehingga boleh membuka kerangan dan menggerakkan batu.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca