Sosok Misteri Di Buaian, Roh Ayah ‘Ziarah’ Ibu Setelah 10 Tahun Pergi

Sosok Misteri Di Buaian, Roh Ayah 'Ziarah' Ibu Setelah 10 Tahun Pergi

Baru-baru ini, portal The Sun telah berkongsi di laman Twitter rasmi mereka mengenai sebuah video yang memaparkan satu ‘sosok misteri’ di buaian yang pernah tular sebelum ini di media sosial.

Sosok Misteri Di Buaian, Roh Ayah 'Ziarah' Ibu Setelah 10 Tahun Pergi
‘Sosok misteri’ di buaian dapat dilihat melalui kamera litar tertutup yang diletakkan di hadapan rumahnya.
Sumber: Siakap Keli

Pemilik video tersebut merupakan seorang wanita dan menjaga ibunya selama dua bulan yang menghidap barah paru-paru. Menurut laporan The Sun, wanita itu dikatakan selesa apabila dapat ‘berkomunikasi’ dengan ayahnya yang sudah 10 tahun meninggal dunia.

Dipercayai bahawa ‘sosok misteri’ itu merupakan roh ayahnya yang telah meninggal dunia pada 10 tahun yang lepas. Dilaporkan daripada pihak The Sun, pada ketika itu wanita tersebut sedang menjaga ibunya yang sedang sakit.

Dia mendapat satu notifikasi pada sistem kamera litar tertutup yang menyatakan bahawa terdapat kehadiran di bahagian hadapan rumahnya pada satu malam di bulan November tahun 2019.

Melalui foto daripada sistem kamera litar tertutup itu menunjukkan bahawa terdapat satu sosok tubuh sedang duduk di sebelah buaian. Buaian tersebut merupakan buaian yang sering ibunya gunakan.

sosok-misteri-di-buaian-roh-ayah-ziarah-ibu-setelah-10-pergi
Menurut wanita tersebut, ibunya sering menggunakan buaian ini.
Sumber: Siakap Keli

Kejadian itu telah mendorong ibunya seolah-olah menyatakan bahawa “mereka datang untuk saya.” Wanita itu juga mendedahkan bahawa dia percaya pada entiti yang datang ke rumahnya merupakan ayahnya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 47,000 kali menyebabkan ia menjadi tular di media sosial.

Sumber: Twitter (@TheSun)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca