Sosial eksperimen adalah satu penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan manusia untuk membincangkan sesuatu subjek. Ia biasanya dihasilkan dalam kalangan manusia yang berbilang kaum, jantina, atau apa sahaja perbezaan yang dimiliki oleh manusia, untuk memberi satu jawapan mengenai subjek yang dibincangkan.
Di Malaysia, negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Ini termasuklah kaum Melayu, Cina, India, Iban, Punjabi dan banyak lagi yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Walaupun sudah 60 tahun merdeka, masih lagi terdapat beberapa sifat perkauman yang berlaku di negara kita.
Ada pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk kita tingkatkan perpaduan kaum, antaranya adalah penubuhan gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009. Selain daripada itu, kita juga meraikan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka, memberikan cuti umum dan membuat pelbagai program yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia.
Namun, sejauh manakah perpaduan rakyat Malaysia setelah segala usaha ini dilakukan?
Sempena hari kemerdekaan yang ke-61 pada 31 Ogos nanti. TV3 membuat satu sosial eksperimen di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menilai sejauh mana perpaduan rakyat di negara ini.