Sony Tampil Dengan Televisyen Bersaiz Lebih Besar Daripada Sebuah Bas

Syarikat Sony telah mengejutkan peminat filem dan drama bersiri dengan mencipta sebuah televisyen yang menjangkaui minda anda. Syarikat berkenaan memperkenalkan televisyen yang bersaiz melebihi panjang sebuah bas iaitu 63 kaki lebar (19.2 meter) dan 17 kaki tinggi (5.4 meter).

Laporan mengatakan bahawa resolusi televisyen tersebut memberi imej 64 kali ganda lebih baik daripada 1080p (Full HD). Ini bermakna paparan imej akan menjadi lebih jelas berbanding skrin biasa.

Sebelum ini, Sony pernah mencipta televisyen 16K pada tahun 2014 tetapi televisyen tersebut memaparkan imej daripada skrin kecil berbanding yang sekarang. Disebabkan tayangan tersebut amat ganjil dan berbeza daripada yang biasa, Sony terpaksa mencipta filemnya sendiri iaitu tayangan binatang hidupan liar.

Televisyen ini dikatakan akan memasuki National Association of Broadcaster (NAB), sebuah tempat perdagangan di Las Vegas dan akan diumumkan sebagai eletronik gergasi.

Penulis

  • Ahmad Syakir Mohd Arifin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca