Son Ye-jin Dan Hyun Bin Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Mereka

Aktres ternama dari Korea Selatan iaitu Son Ye-jin mengesahkan bahawa beliau bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga bersama Hyun Bin pada 31 Mac lalu.

Ye-jin berkongsi berita gembira itu melalui laman Instagram beliau dengan berkata, “Kamu semua sedang berada dalam keadaan baik kan? Saya berada dalam keadaan baik.

Saya mahu berkongsi berita baik dengan anda semua hari ini. Sebuah kehidupan baharu telah datang kepada kami. Saya masih bingung tetapi saya dapat rasa perubahan dalam badan saya dengan keadaan risau dan teruja setiap hari.

Walaupun cukup bersyukur dengan berita gembira ini, saya juga berhati-hati jadi saya belum beritahu sesiapa di sekeliling saya lagi. Saya mahu berkongsi berita gembira ini dengan para peminat dan kenalan yang menantikan berita gembira ini sebanyak kami sebelum ia terlambat.

Sumber: Instagram @vast.ent

Kami akan memastikan bahawa kami akan melindungi kehidupan berharga yang datang kepada kami. Saya berharap anda semua juga akan melindungi apa yang berharga dalam kehidupan anda dan berada dalam keadaan sihat sahaja. Semoga anda sentiasa gembira.”

Ye-jin dan Hyun Bin mengikat tali perkahwinan pada 31 Mac lalu. Semoga semua urusan pasangan ini dipermudahkan dan tahniah diucapkan kepada Ye-jin dan Hyun Bin atas berita gembira ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca