Solat Hajat Serentak Di Seluruh Negara Selepas Zohor Esok

Rakyat Malaysia beragama Islam diseru agar dapat melakukan solat hajat serentak di seluruh negara esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dauk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, usul itu merupakan titah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19)

Menurutnya, berdasarkan taakulan, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat itu adalah pada hari Jumaat (esok), 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat zohor di kediaman dan tempat masing-masing.

“Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya kerana hanya kepada Allah SWT jua kita berserah,” kata Datuk Dr. Zulkifli lagi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca