Solat 5 Waktu Tidak Pernah Tinggal, Lelaki Ini Ternyata Cipta ‘Game’ Untuk Hina Agama Dan Nabi Muhammad SAW

Baru-baru ini gempar berita seorang lelaki yang ditahan selepas didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menerusi aplikasi permainan atas talian. Menurut laporan Tribun, lelaki bernama Irwan Guswanto berumur 38 tahun ini telah mencipta suatu permainan atas talian yang dipanggil Remi.

Lebih mengejutkan apabila isi kandungan dalam permainan tersebut rupanya mempunyai elemen atau unsur yang mengejek dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad. Isu ini mula tular dalam kalangan warganet selepas seorang individu memuat naik posting berkenaan aplikasi permainan tersebut.

Menerusi posting berkenaan, individu itu dilihat menyeru kepada warganet lain untuk bersama-sama melaporkan aplikasi demikian. Sehubungan dengan kejadian itu, pihak polis telah menahan Irwan di rumah keluarga mertuanya berdekatan Garut, Jawa Barat pada 11 November. Penahanan itu dijalankan pada jam 9 malam.

Seramai 12 anggota polis menggeledah rumah tersebut dan merampas beberapa barangan berharga pelaku seperti telefon bimbit, laptop, buku dan dokumen penting yang melibatkan aplikasi permainan tersebut.

Berita penangkapan pelaku ternyata mengejutkan ramai penduduk setempat. Kebanyakan daripada mereka tidak mempercayai isu yang tular itu. Ini kerana Irwan dikenali oleh warga setempat sebagai seorang yang sangat rajin menunaikan solat secara berjemaah di masjid.

Bagaimanapun, aplikasi permainan tersebut sudah tidak boleh diakses lagi dan rata-rata penduduk juga kecewa serta marah akibat rasa terpedaya dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh Irwan selama ini. Menurut laporan Lobak Merah, Irwan kini masih berada di bawah tahanan pihak berkuasa dan kasus yang membelenggu dirinya masih dalam siasatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca