Sokongan Terhadap Austisme Diperlukan Daripada Kementrian Lain

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berusaha untuk bekerjasama dengan kementerian lain demi memberi sokongan kepada orang yang mempunyai penyakit austisme.

Antara kementerian yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri, Hannah Yeoh adalah Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di mana ia dipercayai dapat memperjuangkan agenda komuniti austisme.

“Perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan kami percaya bahawa tanggungjawab menjaga kebajikan mereka bukanlah hanya tanggungjawab kementerian.” kata Timbalan Menteri, Hannah Yeoh.

“Kami melihat keperluan aktiviti bagi mereka yang mempunyai austisme selepas menamatkan pengajian adalah sikit kerana aktiviti seperti ini banyak ditumpukan pada peringkat awal persekolahan sahaja.” katanya lagi semasa majlis Kesedaran Autisme Sedunia Hari yang diadakan pada hari ini di Sunway Putra Mall.

Buat masa ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berbincang dengan kementerian lain untuk melihat sebarang inisiatif yang dapat membantu mereka sama ada peluang pekerjaan yang berkaitan dengan pertanian atau kerjaya lain dibawah Kementerian Sumber Manusia tetapi tiada sebarang pengumuman boleh dibuat masa ini.

Menurut beliau, antara inisiatif kerajaan yang lain adalah National Youth Skills Institute’s (IKBN) yang dibawah Kementerian Belia dan Sukan di mana ia menerima pelajar austisme menjelang tahun 2020.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca