Sokong Black Dan Tomok, Shuib Rayu Warganet ‘Hadam’ Permintaan Golongan Selebriti

Luahan hati Black dan Tomok masih lagi menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini selepas mereka tampil meminta pihak kerajaan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan artis semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Orang ramai mempertikaikan pendapat segelintir daripada penggiat seni tersebut dengan menyatakan selebriti sebenarnya hidup mewah dan tidak perlukan bantuan daripada kerajaan.

Sebagai respons, pelawak Shuib Sepahtu memberi penjelasan mengenai isu bantuan khusus kerajaan kepada golongan artis berkenaan menerusi sebuah rakaman video di laman Instagram.

View this post on Instagram

@black.hanifah @tomokofficial @acheykintangkintung

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Suami kepada penyanyi Siti Sarah itu menjelaskan bahawa mereka bertiga hanya mewakili artis veteran dan pekerja belakang tabir yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

“Semua ini salah faham sahaja. Sebenarnya, apa yang saya, Black dan Tomok cuba sampaikan sebelum ini ialah kami mewakili penggiat seni, artis veteran dan mereka yang bekerja di belakang tabir.

Mereka sudah tentu tidak ada job sepanjang PKP ini dilaksanakan. Kita tengok, mungkin mereka juga layak dapat apa yang kerajaan berikan tetapi anda kena faham yang saya, Black dan Tomok tidak mengharapkan bantuan tersebut.

Insya-Allah, kami masih boleh beri makan dan pakaian yang cukup kepada anak-anak serta keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shuib turut menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya juga menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan namun memilih untuk tidak menghebahkannya kepada umum.

“Kami tetap jalan kerja kami. Mana yang boleh bantu, kita bantu tapi kita tidak perlu bercerita atau hebah sangat. Kami buat sebab dah jadi tanggungjawab. Tolong faham dan jangan gaduh-gaduh. Benda simple sahaja,” jelasnya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca