Sloth merupakan seekor haiwan yang dikategorikan sebagai mamalia paling perlahan di dunia. Malah, masyarakat kita sering ‘meminjam’ nama mamalia ini untuk menggambarkan seseorang yang sering blur dan perlahan dalam membuat sesuatu kerja.

Nama saintifik bagi haiwan comel ini ialah Choloepus Hoffmanni. Bukan main lagi nama! Haiwan ini mempunyai perbezaan keluarga. Apa yang berbeza antara keluarga-keluarga sloth ini cuma kuku mereka sahaja. Tahap kelajuan mereka tetap sama walaupun berlainan keluarga.

Apa Yang Sloth Makan?

Sloth dikategorikan sebagai Omnivor memandangkan spesies ini lebih gemar untuk makan serangga dan juga tumbuh-tumbuhan. Kadang-kadang, daun kering pun mereka sapu. Ikut mood katakan.

Oleh sebab tumbuh-tumbuhan menjadi juadah utama mamalia ini, mereka mengambil masa yang lama untuk menghadam apa yang dimakan. Oleh itu, tenaga yang terhasil daripada pemakanan mereka juga sedikit.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia dikatakan mamalia paling perlahan di dunia. Tiada tenaga, bagaimana nak jalan laju? Betul tak?

Ciri-Ciri Fizikal Sloth

Apabila kita tengok sahaja gambar sloth ini, perkara pertama yang selalunya orang akan nampak adalah kukunya yang panjang. Lama mana disimpan agaknya sampai panjang seperti itu?

Sloth mempunyai kuku yang panjang bukan sekadar untuk kelihatan ‘cantik’ semata-mata, tetapi kukunya yang tajam itu membolehkannya menggenggam sesuatu dengan kuat. Kita sering lihat sloth bergayut pada dahan pokok, kadang-kadang ada yang sampai tertidur. Di sinilah gunanya kuku mereka yang panjang itu.

Seekor sloth boleh membesar sehingga 50-60cm termasuk panjang ekornya sekali. Mamalia ini tidak boleh berada dalam keadaan yang terlampau sejuk. Hal ini demikian kerana ia sudah terbiasa dengan suhu badan kira-kira 30-34 degree Celcius.

Sekiranya mereka berada dalam suasana yang sejuk, mamalia ini akan jatuh sakit. Malah, ibu sloth yang menyusu anaknya juga boleh mati gara-gara menyusu dalam keadaan sejuk.

Benarkah Tiada Haiwan Lain Yang Lebih Perlahan Berbanding Sloth?

Jawapannya adalah benar. Kategori haiwan paling perlahan di dunia dipegang oleh sloth. Mamalia ini cuma mampu bergerak selaju 20-25 kilometer/jam.

Dalam erti kata lain, kalau sloth nak lintas jalan, kereta terpaksa diberhentikan untuk tunggu mamalia ini sampai ke seberang. Sambil tunggu, siap boleh karaoke satu album lagu! Mana yang tak percaya boleh tengok video di bawah.

Kesimpulannya, sloth berjalan lambat bukanlah gara-gara mereka ini pemalas. Sudah memang spesies mamalia ini sebegitu disebabkan pemakanannya. Yang malas itu manusia, bukan sloth!

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda