Skrin Televisyen Gergasi Jatuh Ketika Konsert, Ini Reaksi Ketua Kumpulan Mirror

Ketua kumpulan Mirror iaitu Lokman Yeung akhirnya tampil membuka mulut berhubung insiden skrin televisyen gergasi jatuh menimpa tiga orang penarinya ketika melakukan persembahan di Hong Kong Coliseum pada Khamis lalu.

Sumber: Instagram Lokman Yeung

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram semalam, Lokman menitipkan pesanan buat para peminat dan warganet supaya terus berdoa serta memberi semangat kepada tiga orang penari yang tercedera selepas dihempap skrin video gergasi tersebut.

“Saya berharap semua orang boleh bersatu ketika ini dan mendoakan Ah Mo, Ah Fung dan Zisac segera sihat,” ujarnya.

Ah Mo, Ah Fung dan Zisac merupakan penari-penari yang tercedera ketika melakukan persembahan bersama kumpulan Mirror minggu lalu.

Memetik laporan South China Morning Post, Mo Lee Kai-yin (Ah Mo) menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU). 23 orang penari Mirror yang turut bersama-sama membuat persembahan pada malam itu telah mengeluarkan kenyataan bersama pada Ahad lalu untuk tidak meletakkan kesalahan di bahu kumpulan tersebut.

Dalam hantaran yang sama di laman Instagram, Lokman mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah membantu kumpulan Mirror termasuk agensi yang menaungi mereka dan juga individu-individu yang lebih berpengalaman dalam industri hiburan.

Sumber: Instagram Mirror

“Jangan risau. Kami akan menjaga antara satu sama lain. Kami akan sediakan masa dan ruang untuk penari yang tercedera dan juga ahli keluarga mereka,” tambahnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca