KONGSIKAN

Isu para peminjam yang ‘liat’ alam membayar pinjaman PTPTN bukanlah suatu isu yang baru. Oleh itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan bahawa mulai Januari tahun depan para peminjam yang berpendapatan lebih RM2,000 sebulan tidak boleh ‘culas’ membayar balik pinjaman PTPTN.

Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.

 

 

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB.

Kerajaan turut bersetuju melupuskan baki hutang peminjam warga emas jika berpendapatan RM2,00 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.

Bahkan, rata-rata netizen menyambut baik pengenalan skim tersebut sebaik sahaja PTPTN mengumumkan berita terbabit.