Baru-baru ini, sebuah gambar tular di media sosial yang menggambarkan Kim Taehyung dari BTS dan Jennie dari Blackpink di dalam sebuah kereta yang dikatakan dalam perjalanan ke pulau Jeju. Dari gambar tersebut datang dua pertanyaan: (1) Adakah gambar ini betul dan bukan suatu yang telah dieditkan, dan (2) adakah memang bercinta?

Berikut kapsyen yang ditulis di Story Instagram tersebut, “Ini adalah gambar yang dihantar hari ini. Ia mungkin orang yang kelihatan seperti mereka, tetapi ia juga mungkin dua bintang kpop terkenal itu. Terutamanya wanita itu, yang dikhabarkan baru berpisah dengan seorang lagi bintang kpop terkenal. Ramai peminat mengatakan foto ini betul, tetapi oleh kerana kita tidak boleh menyemaknya, kami tidak akan sebarkan kedua-dua nama artis tersebut.”
Meskipun niat akaun tersebut untuk tidak mendedahkan nama-nama bintang kpop tersebut, warganet cepat tangkap akan identiti misteri itu. Warganet membandingkan gambar yang menunjukkan sisi profil kedua bintang tersebut dan didapati betapa seiras gambar mereka dengan gambar yang tular ini.
Walau bagaimanapun, atas sebab ini juga sesetengah warganet mengatakan bahawa gambar tersebut telah diedit dengan aplikasi seperti Photoshop- kerana gambar viral tersebut rupa terlalu dekat dengan gambar lama mereka.

People who said “it’s edited” are FOOLING themselves. These pics couldn’t look more real. You’re in denial. Stop saying the pic is fake and be supportive instead. It’s 2022 who cares if idols date. 💁♀️#Jennie #V #BTS #BLACKPINK #KimTaehyung pic.twitter.com/V6nzsuUIij
— jjin (@prkmnyngprksjn) May 22, 2022
It's a fuc*ing Photoshop edit
— Rania (@Nanyout___) May 22, 2022
Leave jennie alone
Garam out #FREEJENNIE #JENNIE #garamOUT pic.twitter.com/b8jK2JmVSD
Ada pula segolongan peminat yang mengatakan bahawa gambar ini tular hanya untuk mengalih perhatian masyarakat awam daripada skandal syarikat HYBE dimana seorang penyanyi bernama Kim Garam dari kumpulan LE SSERAFIM didakwa mempunyai kes-kes membuli sewaktu dia di sekolah.
Kim Garam's school violence suspicion is being covered on South Korea TV cable channel
— 📌 CHECK PINNED (@yeongijalhae) May 16, 2022
They briefly talk about the document and Source Music statement
source: https://t.co/08ZSHTfzS5 pic.twitter.com/6CqtiRDV4V
Pada awalnya, syarikat HYBE menidakkan dakwaan tersebut, tetapi apabila warganet menggali dan membuat sebuah garis masa mengenai insiden ini, ia didapati yang HYBE menipu dan sebenarnya sudah tahu tentang kes Kim Garam sebagai seorang pembuli.
They thought that by using two of the most prominent artists in Korea and internationally as the cover, the public would divert their attention from "GARAM BULLY". But as I make you understand Hybe, you yourself dug your own grave.
— Vante 🏳️🌈 | Tae🍷 (@xannie1996) May 22, 2022
LEAVE TAEHYUNG ALONE
LEAVE JENNIE ALONE
Apakah pendapat anda tentang situasi ini? Adakah anda rasa ia memang Kim Taehyung dan Jennie dalam gambar yang tular itu, dan kalau ya, adakah anda rasa mereka sedang bercinta?
Atau adakah anda rasa situasi ini hanya direkakan untuk mengambil alih perhatian masyarakat daripada skandal HYBE dan Kim Garam?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: