Situasi COVID-19 Bertambah Buruk Di Seluruh Dunia – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik COVID-19 masih menjadi satu ancaman di seluruh dunia.

Menurut Ketua Pengarah Dr. Tedros Adhanom Gebreyesus, beliau memberi amaran itu selepas 136,000 kes dilaporkan di seluruh dunia pada Ahad lalu.

Itu merupakan kes rekod harian peningkatan kes baharu yang tertinggi.

Tambah beliau, ketika ini terdapat trend penurunan jangkitan dan korban dari kebanyakan negara, khususnya di Eropah.

Namun sebaliknya terjadi di bahagian lain di dunia, berlaku lonjakan kes jangkitan dan korban.

Contohnya seperti di Brazil, yang kini menyaksikan peningkatan kes yang ketara dan mempunyai lebih 34,000 jumlah angka korban. Ini meletakkan negara itu di kedudukan ketiga tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat dan Britain.

“Hampir 7 juta kes COVID-19 kini dilaporkan kepada WHO dan hampir 400,000 maut, walaupun keadaan di Eropah bertambah baik, secara global ia semakin buruk.

Lebih 100,000 kes telah dilaporkan pada sembilan daripada 10 hari terakhir. Semalam, lebih 136,000 kes dilaporkan, yang paling banyak dalam satu hari setakat ini.

Hampir 75 peratus kes semalam berasal dari 10 negara, kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Asia Selatan. Sebilangan besar negara di rantau Afrika masih mengalami peningkatan jumlah kes COVID-19, dengan beberapa kes dilaporkan di kawasan geografi baharu,” kata Dr Tedros.

Susulan itu, beliau menasihati semua negara agar tidak alpa dan terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang tinggi bagi mengekang penularan virus.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca