Sissy Imann Kecewa Dengan Diri Sendiri, Selebriti Hadir Beri Semangat

Selepas persembahan terbarunya dalam Famili Duo, Sissy Imann seperti putus asa dengan muzik kerana nyanyiannya yang teruk.

Rancangan di TV3, Famili Duo iaitu pertandingan nyanyian pasangan selebriti yang mempunyai pertalian darah sebagai peserta ini sudah meraih ramai penonton seluruh Malaysia.

Semalam, Sissy Imann dan sepupunya, Naim Daniel membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terkenal iaitu ‘Jampi’ oleh Hael Husaini dengan berkonsepkan keroncong.

Persembahan mereka tidak berjaya menambat hati juri pada malam tersebut dan pada malam yang sama, bekas peserta Big Stage itu memohon maaf atas persembahannya di Instagram.

Penyanyi lagu, ‘Mungkin Kamu’ ini kongsikan perasaan kecewa akan dirinya yang telah gagal menyanyi dengan baik sedangkan muzik adalah cinta pertamanya.

Dia juga minta maaf pada semua kerana telah menyakiti hati semua dengan nyanyiannya.

Ramai tersentuh dengan kongsiannya ini dan segera memberi semangat pada penyanyi wanita ini dia ruang komen termasuklah selebriti-selebriti Malaysia.

Sumber: Instagram, @sissyimann

Lebih 500 ratus komen telah diberikan pada penyanyi ini dan rata-rata, semua tidak mahu Sissy putus asa dengan muzik dan mengharapkan yang semangatnya masih kuat.

Hari ini, Sissy telah memberi pengunguman yang sedih tentang keluaran album terbarunya.

Bulan Februari nanti, dia akan mengeluarkan merchandise terbaru untuk album pertamanya. Pelbagai persiapan sudah dibuat dan Sissy juga ada kongsikan perasaan terujannya ketika menghasilkan album tersebut di media sosial.

Disebabkan kejadian semalam, Sissy membuat keputusan untuk melepaskan album barunya itu dan mendermakan hasil yang dia bakal terima dari album tersebut.

Dia juga telah kurangkan harga asal album itu walaupun dia telah mengeluarkan kos yang banyak dan luangkan masa yang lama tetapi dia sudah tidak lagi teruja malah bertambah sedih apabila melihat albumnya itu.

Luruh hati apabila melihat penyanyi berbakat seperti Sissy Imann rasa hampa dengan dirinya sebegitu sekali.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca