Siri ‘Reply’ Mana Menjadi Kegemaran Anda?

Untuk semua yang meminati drama Korea, anda pasti tahu akan kewujudan drama bersiri Reply!

Walaupun latar belakang ketiga-tiga drama berkenaan ialah pada tahun 80-an dan 90-an, konsep drama ini menarik perhatian ramai.

Tema kekeluargaan dan persahabatan yang kuat dalam drama bersiri ini menyebabkan ramai yang menganggap naskhah itu sebagai sesuatu yang dekat dengan hati mereka.

Walaupun ketiga-tiga siri berkenaan dihasilkan di bawah jenama yang sama iaitu Reply, tetapi setiap siri mempunyai pelakon utama dan jalan cerita yang sedikit berbeza. 

1. Reply 1997

Drama yang mengambil tempat pada tahun 90-an ini berkisar tentang kehidupan seorang pelajar sekolah menengah iaitu Sung Shi-won (Jung Eun-ji) dan lima rakannya yang lain.

Shi-won dikenali oleh orang ramai sebagai seorang peminat fanatik kumpulan idola lelaki H.O.T. khususnya Tony.

Tidak berhenti di situ, drama ini berulang alik dari babak masa lepas pada tahun 1997 dan babak masa kini iaitu pada tahun 2012 semasa mereka berada di parti reunion.

2. Reply 1994

Kisah ini berlaku pada tahun 1994 di mana enam orang pelajar universiti dari pelbagai daerah telah menetap bersama di sebuah asrama yang terletak di Sinchon, Seoul.

Asrama itu pula diuruskan oleh satu pasangan suami isteri bersama anak perempuan mereka iaitu Sung Na-jung (Go Ara).

Garis masa drama itu yang mengambil tempat pada tahun 1994 dan juga 2013 ini membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah antara Trash (Jung Woo) dan Chil-bong (Yoo Yeon-seok) itu yang bakal menjadi suami Na-jung.

Seperti yang pembaca sedia maklum, drama bersiri ini turut mengambil inspirasi daripada kejadian sebenar pada tahun 1994!

Sekiranya anda pernah tonton drama ini, anda akan melihat kegilaan remaja pada masa itu ialah kumpulan Seo Taiji and Boys selain Liga Bola Keranjang Korea yang merupakan isu besar pada tahun tersebut.

3. Reply 1988

Drama ini berkisar tentang kehidupan lima sekawan dan keluarga mereka yang tinggal bersama dalam kejiranan Ssangmun-dong di daerah Dobong pada tahun 1988.

Sung Deok-sun (Lee Hyeri) merupakan satu-satunya gadis dalam kumpulan lima sekawan itu.

Walaupun begitu, Deok-sun sentiasa terseksa kerana dia kurang mendapat perhatian daripada keluarganya sendiri dan tidak mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Selain itu, Kim Jung-hwan (Ryu Jun-yeol) pula hanya tahu tentang minatnya pada sukan bola sepak sahaja walaupun nasib keluarganya berubah sekelip mata.

Watak lelaki utama yang lain dalam Reply 1988 ialah Choi Taek (Park Bogum). Taek mempunyai kemahiran hebat dalam sukan baduk sehingga sanggup berhenti sekolah untuk meneruskan kerjaya tersebut secara profesional.

Dalam pada itu, siri mana yang menjadi kegemaran anda? Penulis lebih sukakan drama bersiri Reply 1988!

Baca lagi artikel mengenai drama kegemaran ramai yang kami telah ulaskan.


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca