‘Sir Ladang’ Kongsi Rutin Jadi Penternak Lembu Di Tik Tok, Aktiviti Harian Ini Dapat Menjadi Inspirasi Kepada Anak Muda

Media sosial seperti TikTok bukan hanya menjadi platform kepada masyarakat untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka, malah turut dapat memberi pelbagai manfaat dalam kelebihan bersosial dan berkomunikasi.

Seorang pensyarah bernama Ridzuan Khalid berusia 39 tahun atau lebih dikenali sebagai ‘Sir Ladang’ terus aktif berkongsi segala aktiviti hariannya terutamanya dalam bidang penternakan lembu di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang sejak Mac 2021 menerusi aplikasi Tik Tok.

Usaha yang ditonjolkan oleh pensyarah bidang perhotelan di Kolej Komuniti Rompin itu bukan sahaja menarik perhatian penuntutnya bahkan pengguna TikTok lain sehingga ‘membuka mata’ orang ramai khususnya golongan belia untuk menceburi kerjaya tersebut.

“Asalnya, akaun itu dibuka untuk menilai tugasan yang diberikan kepada penuntut saya bagi subjek keusahawanan terutamanya dalam aspek kebolehan menonjolkan diri mereka.”

“Jadi, saya ambil pendekatan sama dengan memuat naik video agar mereka boleh jadikannya sebagai rujukan, ditambah pula ketika itu saya banyak menghabiskan masa di kandang lembu,” katanya.

Tanpa disangka-sangka, Ridzuan berkata inisiatifnya itu mendapat maklum balas sangat positif terutamanya golongan muda dan ada yang menghubunginya bertanyakan cara untuk bermula dan menternak lembu.

“Jangan rasa malu dan segan, bidang ini mempunyai masa depan yang sangat cerah dengan pasaran yang tinggi dan luas,” katanya yang mempunyai hampir 37,000 pengikut di platform media sosial itu.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca