Singkirkan Parut Jerawat Dengan 5 Bahan Semula Jadi

Tentu sahaja anda akan rasa tertekan jika wajah dipenuhi jerawat, ditambah pula jika jerawat itu meninggalkan parut dan bekas berlubang pada wajah. Perkara ini sedikit sebanyak akan membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.

Selain menggunakan cara seperti sapuan minyak atau krim tertentu untuk menghilangkan parut jerawat, kita juga boleh cuba kaedah menggunakan bahan semula jadi yang lebih berkesan tanpa bahan kimia.

1. Daun sirih muda

Sirih muda bukan hanya untuk dibuat hantaran perkahwinan tetapi juga berupaya hilangkan parut jerawat. Tumbuk beberapa helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Dah kering, cuci muka dengan air bersih. Cuba amalkan 3 kali seminggu.

2. Kulit kayu manis & bedak sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk halus. Kemudian, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan tambah sedikit air. Apabila sudah siap, lumurkan pada parut di muka. Buat sekerap yang mungkin, dan kelamaan parut akan pudar dan hilang. Ini juga sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka anda.

3. Lidah buaya( aloe vera )

Sebenarnya lidah buaya memang sukar untuk dicari tetapi ia mudah ditanam. Lidah buaya boleh membantu menghilangkan parut jerawat dengan mengambil lendirnya yang telah kita belah. Sapukan sapukan lendir dain itu pada parut. Buat tiga kali seminggu dan parut akan hilang.

4. Asam Jawa

Cara paling senang hanya gunakan bahan dapur. Ambil sikit asam jawa, kemudian campurkan dengan sedikit air. Pastikan jangan terlalu pekat. Sapukan campuran itu pada tempat yang berparut. Biarkan sampai kering. Sebaiknya buat pada waktu malam sebelum tidur. Insya-Allah, kelamaan nanti parut akan pudar dan hilang.

5. Madu

Madu juga banyak khasiatnya dan salah satu hilangkan parut jerawat. Ambil sikit madu dan campurkan sikit dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut pada tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

Moga perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang mencari cara terbaik untuk menghilangkan parut jerawat.

Artikel Lain Untuk Di Baca