Singgah Petron, Isi Minyak Dan Boleh Dapat Barang Eksklusif Marvel’s Avengers: Endgame

Anda teringin bergaya dengan barang-barang eksklusif Marvel’s Avengers: Endgame? Anda tidak tahu di mana untuk dapatkan barang eksklusif ini? Jangan risau kerana kami ada solusinya.

Sekarang anda boleh dapatkan barangan eksklusif ini hanya di stesen Petron sahaja. Antara barangan eksklusif Avengers: Endgame yang boleh didapati ialah t-shirt dan beg klac bersaiz A4 dan A5 dengan rekaan yang menarik.

Selain itu,terdapat juga anti-slip pad yang mempunyai pelbagai jenis rekaan mengikut karakter dalam filem Avengers seperti Ant-man, The Hulk, Captain Marvel dan banyak lagi.

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke stesen Petron yang berdekatan dan menebus mata ganjaran anda atau membelinya pada harga istimewa apabila anda berbelanja Rm 50 untuk bahan api dengan menggunakan kad Petron Miles.

Nampak menarik, bukan? Jadi apa tunggu lagi dan dapatkan barangan eksklusif ini sementra stok masih ada di stesen Petron yang berhampiran dengan anda!

Untuk makluman lanjut anda boleh pergi ke laman Facebook atau Twitter Petron Malaysia.

Artikel Lain Untuk Di Baca