Singapura, Hong Kong Dan Paris Berkongsi Tempat Pertama Bagi Bandar Termahal Di Dunia

Mengikut laporan syarikat penyelidikan Unit Perisikan Ekonomi (EIU), “Senarai 10 Bandar Termahal Di Dunia”, buat pertama kalinya tempat pertama dikongsi oleh tiga buah bandar raya yang terkenal iaitu bandar Paris, Hong Kong dan Singapura.

Senarai 10 teratas bagi bandar raya termahal di dunia didominasikan oleh bandar raya Asia dan Eropah di mana bandar Osaka dan Seoul menduduki tangga kelima dan ketujuh manakala bandar raya Eropah seperti bandar Zurich dan Geneva menduduki tangga keempat dan kelima serta bandar Copenhagen yang berada di tangga ketujuh.

Sumber: dentons.com

Menurut EIU, terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting dalam kedudukan tahun ini seperti peningkatan mata wang, penurunan nilai dan inflasi serta pergolakkan politik. Bandar Caracas di Venezuela menjadi bandar termurah disebabkan beberapa faktor seperti pergolakkan kuasa yang membawa kepada krisis mendalam.

Kaji selidik ini dijalankan di 133 buah negara dengan membandingkan 400 harga individu meliputi 160 produk termasuk makanan dan minuman, sewa rumah, pakaian pengangkutan, rekreasi dan persekolahan.

Bersyukur bandar raya Kuala Lumpur tidak termasuk dalam senarai 10 bandar termahal, bukan?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca