Simpan Ribuan Stok PPE Untuk Diri Sendiri, Wanita Di UK Ini Tidak Kisah Hospital Kekurangan Stok

Ketika negara sedang mengalami masalah kekurangan bekalan kelengkapan pelindung diri (PPE), sebaliknya berlaku kepada seorang wanita yang berasal dari Portsmouth, Hampshire, United Kingdom.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Becca ini telah menyimpan banyak stok PPE di rumahnya termasuklah sarung tangan, topeng muka dan pelindung muka.

Malah, wanita yang berusia 35 tahun itu juga sanggup berhutang untuk memenuhkan stok tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu langsung tidak kisah sekiranya PPE di hospital kekurangan stok.

Beliau juga enggan menawarkan segala kelengkapan yang ada di simpanannya itu kepada pihak hospital di Britain.

“Apabila koronavirus datang, saya memang bersedia.

Kawan cadangkan saya derma PPE kepada hospital. Saya kata mereka sebenarnya yang perlu lebih bersedia,” ujar Becca.

Malah, Becca juga menggunakan stok lebihan pelindung muka dan sarung tangan untuk menghasilkan karya seni beliau.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca