Simpan Mumia 800 Tahun Dalam Beg, Lelaki Ini Ditahan Polis Peru

Seorang bekas pemandu penghantaran makanan telah ditahan polis akibat memiliki manusia mumia yang berusia anggaran 600 hingga 800 tahun dalam cooler bag miliknya.

Lelaki yang dikenal pasti itu bernama Julio Cesar Bermejo berusia 26 tahun ditangkap ketika berada di sebuah taman Puno iaitu sebuah bandar di selatan Peru.

Sumber: CNN

Menerusi laporan dari CNN, penemuan tersebut bermula apabila pihak polis memeriksa beg milik lelaki berkenaan yang terbaring akibat mabuk di tapak arkeologi yang terletak di Puno itu.

 Lelaki berkenaan menyatakan mumia yang diberikan nama Juanita adalah teman wanitanya dan menganggap mumia itu sebagai teman wanita rohani.

Pihak polis bertindak merampas mumia berkenaan dan menyerahkan kepada Kementerian Kebudayaan Peru bagi mengenal pasti serta menjaga warisan negara.

Sumber: People

Menurut pakar, mayat itu berusia antara 600 dan 800 tahun dan bukan seorang wanita seperti yang diandaikan oleh Julio Cesar Bermejo.

Malah pakar juga menyatakan lelaki mumia itu dianggarkan berusia 45 tahun pada waktu kematiannya dan mempunyai ketinggian 1.51 meter (kira-kira 5 kaki).

Sumber: CNN

Julio Cesar Bermejo ditahan bersama dua rakannya yang berumur antara 23 dan 26 tahun untuk disiasat atas kemungkinan melakukan jenayah terhadap warisan budaya Peru.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca