Silap Terjemah Nama Presiden China, Facebook Mohon Maaf

Facebook Inc memohon maaf dan menyalahkan kesilapan teknikal yang menyebabkan nama Presiden China, Xi Jinping diterjemahkan sebagai ‘Shithole’.

Kesilapan itu berlaku pada hari kedua kunjungannya ke Napyidaw di mana Jinping dan Penasihat Negara Myanmar, Aun San Suu Kyi menandatangi lebih 12 perjanjian meliputi rancangan infrastuktur yang disokong Beijing.

Kenyataan mengenai kunjungan Presiden ini diterbitkan di laman Facebook rasmi Suu Kyi dan memaparkan nama Xi Jinping sebagai ‘Shithole’ apabila diterjemahkan daripada Myanmar kepada bahasa Inggeris.

Selain itu, tajuk utama dalam jurnal berita tempatan Irrawaddy turut ditulis sebagai ‘Penghormatan makan malam president shithole’.

Facebook dalam satu kenyataan, “Kami telah menyelesaikan isu teknikal yang menyebabkan terjemahan tidak tepat di Facebook. Ia tidak sepatutnya berlaku dan pihak kami mengambil langkah bagi memastikan ia tidak akan berulang. Kami memohon maaf di atas segala kesilapan.”

Syarikat itu menjelaskan, nama Jinping tidak terdapat dalam pangkalan data bahasa Myanmar dan sistem sedia ada membuat andaian dengan menggantikannya dengan perkataan hampir sama.

Pemeriksaan terjemahan perkataan serupa yang bermula ‘xi’ adalah ‘shi’ dalam bahasa Myanmar dan ia membawa maksud ‘shithole’.

Pada 2018, Facebook menarik balik sementara terjemahan bahasa Myanmar selepas laporan agensi berita Reuters menunjukkan fungsi itu menghasilkan keputusan yang pelik.

Untuk baca artikel yang berkaitan Facebook, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca