Gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga.
Seorang lelaki dilabel rasis selepas sebuah video tular di laman sosial. Dalam video tersebut seorang lelaki dikatakan bertindak memarahi seorang promoter berbangsa Cina kerana mempromosikan sampel minuman beralkohol Carlsberg kepada para pelanggan. Kejadian dikatakan berlaku di Giant Ampang Point.
Namun tindakan lelaki tersebut ternyata mengundang kemarahan netizen apabila dianggap rasis dan memalukan nama Melayu. Hal ini kerana promoterberkenaan hanya menawarkan sampel minuman tersebut kepada pelanggan bukan Islam. Lelaki terbabit juga dikatakan bertindak menunjukkan jari tengah kepada promoter terbabit.
Berikut merupakan sebahagian daripada komen netizen berkenaan sikap biadap lelaki tersebut.


Para netizen juga tidak berpuas hati dengan sikap lelaki terbabit kerana bagi mereka promoter berkenaan hanya melakukan tugasnya sebagai promoter minuman berkenaan.
Pada pandangan penulis, isu sebegini tidak seharusnya berlaku. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, sikap hormat-menghormati antara satu sama lain perlu ada agar keharmonian negara dapat dicapai.