Perkongsian ini daripada teman penulis yang menceritakan pengalaman beliau ketika travel ke Pulau Langkawi pada hujung tahun lalu. Beliau mengatakan ramai pengunjung yang datang mempunyai sikap menjengkelkan.
Beliau tahu perangai orang agak sukar untuk diubah. Apa yang paling kita boleh buat hanyalah dengan menegur sahaja. Itu pun jika kena masa dan ada cukup kekuatan. Jika tidak makan hati sajalah.
Berikut 3 jenis sikap penumpang yang menjengkelkan ketika beliau travel ke Pulau Langkawi:
1. Sandar kaki di kerusi depan
Perbuatan seperti ini ramai orang lakukan, beliau berasakan sikap itu sangat mementingkan diri sedangkan ramai pengunjung lain yang berdiri? Kenapa perlu untuk sandar kaki di kerusi orang lain demi untuk keselesaan diri sendiri? Kalau boleh ubah sikap macam ini sebab kesian kepada orang lain nak sandar akan rasa tak senang.
2. Tempat duduk sempit
Apabila menaiki pengangkutan tak kisahlah sama ada bas, kapal laut dan kapal terbang, pasti penumpang akan sandarkan kerusi luas-luas sampai beliau nak masuk di tempat duduk menjadi sempit. Tidak tahu nak cakap macam mana hanya Tuhan sahaja tahu perasaan beliau waktu itu.
3. Tanggalkan baju apabila panas
Perkara seperti ini mungkin ramai orang tidak melakukannya. Sewaktu beliau ke Langkawi, ada pengunjung yang tanggalkan baju dalam kapal laut. Beliau berasa sangat janggal dan tertanya-tanya, “kenapa perlu buka baju, kalau panas sekalipun?” Tetapi, beliau bersikap positif kerana mungkin penumpang tersebut rasa terlampau panas.
Seperti yang penulis jelaskan tadi, ini merupakan perkongsian pengalaman daripada teman penulis sendiri. Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza. Pasti ada dalam kalangan pembaca pernah berada dalam situasi sebegini kan?