Kanak-Kanak Di Jepun Pergi Ke Sekolah Berjalan Kaki Tanpa Ditemani Ibu Bapa Mereka

Penerapan sikap berdikari ini telah dimulakan sejak kanak-kanak itu berusia 4 tahun lagi. Di Jepun, ibu bapa mengajar anak-anak mereka supaya melakukan perkara-perkara asas sendiri.

Mereka diajarkan untuk menjadi berdikari seawal mungkin. Mereka kebiasaannya akan pergi ke sekolah dengan berjalan kaki tanpa ditemani oleh orang dewasa.

Hal ini jarang dapat dilihat di Malaysia kerana perasaan takut ibu bapa membiarkan anak-anak mereka ke sekolah berjalan kaki walaupun jarak ke sekolah tidak jauh daripada rumah.

Selain itu, kanak-kanak Jepun turut diberi tanggungjawab bagi membeli beberapa barangan keperluan dapur di kedai-kedai berhampiran rumah mereka.

Ini menunjukkan bahawa mereka diberi kepercayaan bagi membantu ibu bapa mereka sesuai dengan keadaan usia mereka.

Perjalanan ke sekolah di Jepun turut memerlukan kanak-kanak ini untuk menaiki kenderaan awam seperti LRT.

Mereka seperti sudah biasa menaiki kenderaan awam dan pandai untuk melintas jalan sendiri tanpa bantuan daripada orang dewasa.

Ibu bapa juga tidak perlu berasa risau membiarkan anak-anak mereka ke mana-mana sendiri kerana di Jepun mempunyai kadar jenayah yang rendah.

Hal ini jelas sekali sangat berbeza dengan keadaan di Malaysia yang mana ibu bapa selalunya berasa risau jika anak-anak kecil mereka keluar rumah sendiri.

Seharusnya Malaysia boleh mengamalkan budaya mendidik kanak-kanak agar berdikari sejak kecil sekiranya kadar jenayah rendah serta kawasan persekitaran selamat untuk kanak-kanak.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca