Sibuk Buat Seks Di Stesen Kereta Api Meskipun Sudah Dihalau Dua Kali, Pasangan Ini Kini Jadi Buruan Polis

Masyarakat di New York, Amerika Syarikat dikejutkan dengan penemuan satu pasangan yang sedang asyik melakukan hubungan seks di tempat awam. Difahamkan, perbuatan tidak senonoh terbabit dilakukan oleh mereka dua kali berturut-turut pada hari yang sama.

Menurut Daily Star, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di stesen tren Bowling Green. Orang ramai yang sedang menggunakan perkhidmatan awam di situ kaget sebaik melihat pasangan yang tanpa segan silu berasmara di laluan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pasangan itu dilaporkan sekali lagi melakukan aksi tidak senonoh itu di tempat awam pada hari yang sama. Destinasi seterusnya adalah di sebuah stesen tren yang lebih sibuk yakni Grand Central Station.

Menerusi sebuah rakaman video yang berdurasi 38 saat yang dirakam dari dalam tren, pasangan terbabit dilihat terbaring di atas lantai dengan hanya beralaskan sehelai kain. Kedua-dua mereka menggunakan pakaian yang sudah dilucutkan untuk menutup bahagian kemaluan masing-masing.

Lebih memalukan, lelaki berkenaan dilaporkan turut melakukan seks oral terhadap pasangannya sambil diperhatikan orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Difahamkan, pihak polis sudah mengeluarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dua stesen di mana aksi terbabit dilakukan. Wajah si pelaku lelaki kini sudah tersebar dan dia kini diburu.

Video rakaman aksi kurang sopan yang dilakukan pasangan terbabit kini tular di media sosial. Rata-rata warganet yang telah melihatnya menyifatkan perlakuan itu sangat kurang ajar dan menjijikkan.

Artikel Lain Untuk Di Baca