Siapakah Pemain Yang Mempunyai Yuran Perpindahan Paling Mahal Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia?

Jika disebut bola sepak di negara ini, siapa sahaja yang tidak tahu apa itu bola sepak terutama sekali golongan lelaki. Kebanyakan rakyat Malaysia menonton Liga Perdana Inggeris. Terdapat beberapa pasukan yang menjadi pilihan di hati mereka iaitu Manchester United, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan juga Arsenal.

Di dalam dunia sukan bola sepak yang bertaraf profesional, yuran perpindahan diperlukan apabila seorang pemain yang masih mempunyai kontrak dengan sesebuah pasukan ingin berpindah ke pasukan lain. Mari kita lihat siapakah pemain yang mempunyai yuran perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia:

1. Neymar – £198 juta (RM1.06 bilion)

Neymar, sebut sahaja namanya semua peminat bola sepak akan berkata tentang skillnya yang tersendiri dan juga ‘lakonan’ yang mantap ketika beraksi di atas padang.

Sebelum ini, Neymar berhijrah dari kelab Brazil iaitu Santos ke Barcelona dan ia menggemparkan dunia bola sepak. Namun, beliau kini bermain untuk pasukan Paris Saint Germain (PSG) bersama Kylian Mbappe.

2. Kylian Mbappe £160 juta (RM857 juta)

Dengan usia yang masih muda, Kylian Mbappe merupakan pemain yang diburu oleh kelab-kelab besar di Eropah seperti Real Madrid, Arsenal, Manchester United dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik Dunia.

Ramai yang berkata bahawa Mbappe bakal menjulang anugerah yang berprestij bagi pemain bola sepak iaitu Ballon d’Or. Beliau berpindah dari AS Monaco ke Paris Saint Germain dan sentiasa konsisten dengan prestasi beliau.

3. Philippe Coutinho £105 juta (RM562 juta)

Pemain dari negara Brazil yang bermain di posisi penyerang ini merupakan pemain yang mempunyai cara permainan yang tersendiri. Nama beliau bermula di Liverpool dan akhirnya beliau memutuskan untuk menyertai Barcelona dan merupakan antara pemain yang konsisten.

4. Ousmane Dembele £96.8 juta (RM518 juta)

Dembele merupakan nama yang disebut-sebut sebagai pemain bola sepak muda yang cemerlang. Sebelum berhijrah ke Barcelona, beliau bermain untuk pasukan dari negara Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Selain itu, beliau juga menyertai Dortmund dengan nilai yuran perpindahan £15 juta (RM80 juta). Kini, beliau merupakan salah satu aset penting bagi pasukan Barcelona.

5. Paul Pogba £89.9 juta (RM481 juta)

Pemain kelahiran Perancis ini merupakan antara pemain yang mempunyai yuran yang mahal dalam sejarah kelab dan beliau berhijrah dari Juventus ke kelab lamanya iaitu Manchester United. Penghijrahannya ke Manchester United membuatkan peminat berasa sangat gembira dan berterima kasih.

Walau bagaimanapun, kita seharusnya tidak terlalu mengagungkan pemain dari negara luar. Hal ini demikian kerana kita sepatutnya terus menyokong kelab dan pemain tempatan. Siapa tahu, suatu hari nanti, ada anak Malaysia yang menjadi pemain rebutan di Eropah. Oleh itu, majulah sukan untuk negara!

Penulis

  • Muhammad Nurhakim Mohd Jaffri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca