Search
Close this search box.

Siapakah Kucing Yang Memainkan Watak Goose Dalam Filem Captain Marvel?

Goose si kucing ini menjadi tumpuan ramai orang selepas menonton filem Captain Marvel yang ditayangkan pada minggu lepas. Watak Goose merupakan haiwan peliharaan yang dimiliki oleh Carol Danvers iaitu Captain Marvel tetapi sebenarnya ia adalah makhluk asing yang dikenali sebagai Flerken di mana ia menyerupai seperti kucing biasa.

Menurut People, nama kucing yang memainkan watak si Goose ialah Reggie yang dilatih oleh Ursula Brauner semasa dalam perfileman Captain Marvel. Beliau merupakan ketua jurulatih dan COO syarikat Boones Animal For Hollywood yang menyediakan khidmat melatih haiwan untuk digunakan dalam filem, rancangan televisyen dan iklan.

Sumber: usatoday.com

“Regiee adalah seekor kucing yang tenang. Ia suka menggeselkan pipinya di kaki dan muka orang. Ia juga adalah kucing yang mudah bergaul dengan orang.” katanya tentang Reggiee.

“Adalah sangat penting bahawa mana-mana haiwan yang dilatih, selesa bekerja di tempat set filem. Kebanyakan yang kami lakukan adalah menguatkan ikatan dan kepercayaan antara pelakon dan haiwan tersebut. Apa yang kami mahukan adalah semua haiwan senang bekerja kerana haiwan juga mempunyai personaliti berbeza seperti manusia iaitu extrovert dan introvert.”

Kali pertama mereka bertemu dengan Regiee adalah semasa menyelamatkannya ketika ia berumur 2 tahun. Sejak daripada itu, syarikat tersebut mengambil dan melatih Regiee. Kini, ia sudah mengetahui arahan yang asas dan mempelajari helah yang baru jika sesuatu projek itu memerlukannya. Walaupun ia seekor kucing tetapi ia sangat mengambil serius tentang kerjanya.

Sumber: thisisinsider.com

Apabila Regiee tidak bekerja, sama ada ia tinggal bersama jurulatihnya atau bersosial bersama dengan haiwan lain. Makanan kegemaraannya adalah ayam. Bagi sesiapa yang ingin melihat Regiee di filem lain, anda boleh boleh menonton filem The Hateful Eight dan The Pup.

Anda Saksikan Regiee dalam filem Captain Marvel di pawagam berhampiran dengan anda sekarang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca