Siapa Sangka 5 Pekerjaan Ini Boleh Menyebabkan Kemurungan Atau Menjadi Gila, No. 2 Paling Tidak Disangka

Adakah anda tahu terdapat beberapa pekerjaan yang sangat berisiko tinggi sehingga boleh menyebabkan manusia menghadapi tekanan perasaan? Menurut Dr. Deborah Legge, seorang kaunselor kesihatan mental dari Buffalo, Amerika Syarikat, terdapat beberapa aspek dalam setiap pekerjaan yang boleh menyumbang kepada kemurungan atau membuatkan penyakit itu bertambah menjadi lebih serius.

Antara 5 bidang kerjaya yang mana para pekerja mempunyai risiko dan kebarangkalian tinggi untuk menghadapi kemurungan adalah:

1. Pekerjaan Khidmat Makanan

Menjadi pelayan di restoran atau kedai makan kebiasaannya menerima gaji yang tidak begitu tinggi dan kadang kala perlu bekerja dengan teruk, di samping terpaksa melayan karenah pelanggan tanpa henti. Dilaporkan sekitar 10% pekerja yang bekerja dalam sektor ini menghadapi kemurungan kronik.

Menurut Dr. Legge, pekerjaan ini jarang menerima ucapan terima kasih daripada pelanggan. Terdapat juga pelanggan yang selalu bersikap kasar dan biadab terhadap para pelayan. Hal ini menyebabkan para pelayan terpaksa menggunakan banyak tenaga ketika bekerja ditambah lagi dengan tekanan emosi. Jika mereka tidak mampu mengawal emosi mereka mungkin akan mendapat tekanan emosi dan penyakit kemurungan kerana mereka agak sukar untuk mempunyai tenaga positif dan motivasi dalam diri.

2. Pekerjaan Dalam Bidang Penjagaan Kesihatan

Kategori untuk pekerjaan ini termasuklah doktor, ahli terapi dan jururawat yang melibatkan golongan yang sentiasa memberi khidmat sehingga mengakibatkan diri mereka sendiri terabai. Pekerjaan ini sering mempunyai waktu bertugas yang panjang dan tidak menentu.

Kadang kala untuk mereka makan pun tidak mempunyai masa. Oleh itu, tahap tekanan pekerjaan bidang ini adalah sangat tinggi kerana mereka perlu berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit, kematian dan trauma. Mereka juga perlu berurusan dengan ahli keluarga pesakit yang telah meninggal dunia.

Hal ini telah mengakibatkan mereka berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan dan tekanan emosi kerana mereka sentiasa memikirkan cara untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapai oleh pesakit mereka.

3. Penulis

Dalam bidang ini biasanya mempunyai pendapatan yang tidak tetap dan masa bekerja tidak menentu. Selain itu, mereka sering bersendirian mengasingkan diri daripada orang ramai untuk menghasilkan karya yang kreatif. Namun, mereka ini juga mempunyai kadar gangguan emosi yang tingggi iaitu 9% kes kemurungan yang telah dilaporkan.

4. Akauntan Dan Penasihat Kewangan

Ramai orang tidak mahu atau tidak suka untuk menguruskan wang simpanan dan akaun pelaburan sendiri kerana ia akan melibatkan banyak nombor dan pelbagai kemungkinan yang sukar dibaca oleh mereka. Jadi mereka mengambil keputusan untuk membiarkan akauntan atau penasihat kewangan untuk menguruskan kewangan dan pelaburan mereka.

Cuba anda bayangkan bagaimana anda harus menguruskan akaun yang bernilai ribuan atau jutaan ringgit yang dimiliki oleh orang lain? Agak sukar kan? Itulah tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang akauntan kerana ia melibatkan tentang kewangan orang lain dan pada masa yang sama ketiadaan kuasa untuk mengawal pasaran ekonomi.

Mereka akan berasa bersalah sekiranya klien mereka mengalami kerugian dan berkemungkinan besar mereka akan berhadapan dengan cacian dan ugutan daripada klien mereka.

5. Pekerja Penyelenggaraan

Anda pasti tidak suka jika dipanggil apabila terjadi sesuatu masalah kan? Namun, begitulah nasib yang perlu dihadapi oleh mereka yang bekerja sebagai penyelenggaraan boleh dikatakan setiap hari.

Waktu bekerja mereka tidak menentu, tidak mengira musim, cuti dan seringkali mereka perlu bekerja pada waktu malam. Gaji yang mereka terima juga biasanya tidak setimpal dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Pekerjaan ini mempunyai kadar keluar masuk pekerja sangat tinggi.

Keadaan ini menyebabkan pekerja sering dipinggirkan oleh majikan. Persekitaran tempat kerja juga yang tidak selesa dan membahayakan kesihatan turut memganggu kesihatan mental pekerja.

Jika anda sering berurusan dengan golongan di atas, cubalah sesekali memberikan senyuman dan mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Sumber: Iluminasi

Artikel Lain Untuk Di Baca