Siapa Saja Yang Tonton Iklan Raya Ini Pasti Boleh ‘Relate’ Dengan 5 Perkara Ini

Menjelang sambutan Aidilfitri, salah satu perkara yang ditunggu-tunggu orang ramai adalah iklan raya. Mana tidaknya, kreativiti dan jalan cerita pelbagai iklan raya di kaca televisyen mahupun yang dimuat naik di media sosial membuatkan semangat raya semakin membuak-buak meskipun kita terpaksa beraya dalam keadaan normal baharu pada tahun ini akibat penularan pandemik COVID-19.

Baru-baru ini, Mios Kitchen telah tampil dengan satu iklan raya yang berkisar tentang sebuah keluarga iaitu Keluarga Imran. Menariknya, babak-babak yang diketengahkan dalam iklan tersebut sangat dekat dengan masyarakat kita. Mat Salih cakap, relatable habis!

Berikut kami kongsikan lima perkara yang anda boleh relate daripada iklan raya ini:

1. Perempuan sentiasa betul dalam apa jua perkara

Pahit untuk ditelan bagi kaum Adam tetapi itulah hakikatnya. Memang insan bernama wanita ini sentiasa betul dalam apa jua perkara.

2. Baju raya satu keluarga mesti sedondon

Sudah menjadi lumrah bagi majoriti keluarga di mana baju raya mesti mahu sedondon. Selalunya, keputusan pemilihan tema warna terletak di tangan isteri dan si suami hanya ikut sahaja.

3. Nak sampai baru beritahu tuan rumah

Pasti ramai pernah hadap tetamu yang suka bikin surprise ini, kan? Boleh gugur jantung ke lantai, lagi-lagi sekiranya ketika itu tiada apa-apa makanan di rumah untuk dihidangkan kepada para tetamu. Untuk tonton babak ini, anda boleh pergi ke minit 1.40.

4. Geng hadap telefon masa orang lain sibuk beraya

Tiap kali tibanya waktu ziarah-menziarahi, pasti akan ada geng yang asyik bermain dengan telefon pintar mereka. Tidak lama kemudian, akan kedengaran bebelan daripada mak-mak, “Datang beraya ke nak main telefon?”

5. Kena hadap tetamu yang kerjanya cuma reti complain

Pasti majoriti daripada pembaca pernah melalui situasi pada minit 2.51 ini. Kalau tak complain pun, mereka akan buat muka semasa melihat juadah yang dihidangkan sebagai tanda ia tidak kena dengan selera. Selain makanan, ada juga yang terus buka sampul raya di depan tuan rumah dan complain, “Sikitnya duit raya!”

Dalam pada itu, iklan raya daripada Mios Kitchen ini juga berjaya mencuri perhatian warga Twitter apabila dua keratan video tersebut dimuat naik di laman sosial itu.

Keratan video pertama yang berdurasi 54 saat itu memaparkan Keluarga Imran yang dalam perjalanan pulang beraya ke Kuala Lumpur. Si isteri dilihat tidak berhenti berleter kepada suaminya gara-gara tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang terpaksa diharungi semata-mata untuk pulang beraya.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila kereta di sebelah mula membunyikan hon dan mengeluarkan kadbod yang menyatakan, “Women are always right” dan “Kanan eksiden, kiri pula jem.” Paling mencuit hati orang ramai adalah apabila lawak kereta terbang turut diselit dalam iklan tersebut.

“Apa ada hal, kita kan boleh terbang,” demikianlah yang tertulis pada kadbod yang dipegang oleh lelaki berbaju Melayu hijau dari kereta bersebelahan Keluarga Imran.

Babak kereta terbang itu telah menerima pelbagai reaksi daripada warga Twitter. Berikut kami kongsikan beberapa coretan daripada mereka yang rata-ratanya terhibur dengan babak tersebut:

Selain babak kereta terbang, tinjauan kami juga mendapati bahawa petikan “Wanita sentiasa betul” turut meraih perhatian ramai terutamanya kaum Hawa sendiri. Berikut kami kongsikan beberapa reaksi daripada pengguna Twitter yang bercakap soal petikan itu:

Dalam bebenang yang sama, satu lagi keratan video daripada iklan raya Mios Kitchen itu juga berjaya mencuri perhatian ramai terutamanya apabila lawak berunsurkan dialek Kelantan turut diselitkan. Berikut adalah antara komen-komen daripada pengguna Twitter:

Hasil carian kami di internet mendapati Mios Kitchen adalah sebuah restoran yang cukup terkenal dengan menu masakan barat khususnya di kawasan Lembah Klang. Terbaharu, mereka ada menawarkan pek Ready to Cook untuk pelbagai jenis juadah bagi membolehkan anda menikmati makanan bertaraf masakan chef di rumah sendiri. Antara menu yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Grilled Chicken Chop
  • Grilled Lamb Chop
  • Chicken Chop Marinate
  • Lamb Chop Marinate
  • Meatball & Mash
  • Special Beef Burger Patties
  • Special Crunchy Chicken Burger
  • Carbonara Sauce
  • Tomato Sauce

Untuk membuat pesanan bagi pek Ready to Cook, anda boleh klik di sini.

Dalam pada itu, restoran Mios Kitchen akan mula beroperasi semula pada hari raya keempat. Jadi, bolehlah anda semua beraya di Mios Kitchen seperti Keluarga Imran.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Mios Kitchen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Laman web: www.mioskitchen.com

Instagram: www.instagram.com/mioskitchen_official

Twitter: twitter.com/mioskitchen

Facebook: www.facebook.com/MIOSKITCHENOFFICIAL/

Artikel Lain Untuk Di Baca