Siap Suruh ‘Pose’, Pasangan Ini Tidak Perasan Remy Ishak Tolong Tangkap Gambar

Isteri kepada Remy Ishak, Ezza Rose kongsikan video suaminya bersungguh-sungguh tolong ambilkan gambar sebuah pasangan ketika bercuti.

Memang ramai telah pergi bercuti atau ‘day trip’ sebelum memulakan tahun baru mereka dan Tasik Cermin di Ipoh, Perak sudah semestinya menjadi salah satu tempat tarikan para pelancong.

Sumber: Tempat Menarik

Seperti biasa, di mana-mana tempat pelancongan, mesti orang akan minta pertolongan untuk tangkapkan gambar mereka bersama yang tersayang sebagai memori.

Ezza Rose kongsi video di TikTok ketika suaminya, Remy Ishak bantu sebuah pasangan bergambar di Tasik Cermin itu.

@roseezza

Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Ramai memberi respon di ruang komen kerana terhibur dengan kesungguhan Remy ambilkan gambar pasangan tersebut sambil memberi arahan untuk dapatkan gambar yang terbaik.

Ezza juga beritahu yang pasangan itu tidak perasan siapa yang sedang tolong mereka ambil gambar.

Wanita dalam video turut memberi respon di ruang komen dan mengaku yang mereka tidak tahu jurugambar mereka semalam sebenarnya adalah pelakon terkenal Malaysia. Dia juga telah kongsikan hasil tangkapan tersebut.

Sumber: TikTok, @roseezza
@tachachaaaa_

Replying to @🥤Caramel macchiato 🥤 hahahaha terfamous tanpa sengaja kan😅 kita baru taknak reveal lagi, tapi dah kena reveal dengan isteri artist ye😅 okayy ni la hasil dari abang jejaka idaman melaya tu🥰 ramai sangat ni mintak nak tengok hasilnya, kitanya malu nak post🤭 thankyouu abang remy sebab tolong tangkapkan gambar kitorang🥰 kita guna lagu sama la dengan video sebelah🫣

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Warganet merasakan pasangan tersebut beruntung dapat pertolongan dari artis terkenal walaupun mereka tidak sedar akan kejadian itu.

Ada juga yang mengatakan dia sendiri juga tidak tahu lelaki dalam video tersebut ialah Remy Ishak sehingga dia membaca komen warganet.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca